Thursday, July 14, 2011

DEFINISI DISIPLIN

Apabila memperkatakan tentang pembangunan modal insan, ia berkait rapat dengan modal tersedia (murid) dan senario sosial mereka masa kini (disiplin). Menurut Kamus Dewan, disiplin merujuk kepada latihan pemikiran dan kelakuan supaya boleh mengawal diri sendiri dan patuh pada tatatertib.(DBP, 2002: 308)P.F Olivia (1956) berpendapat, disiplin ialah kawalan diri, kawalan dari luar, patuh kepada autoriti, dan cara menetapkan peraturan atau hukuman. (Abdullah Sani, 2005:45) Mok Soon Sang (1995) pula menyatakan pada peringkat sekolah, disiplin adalah peraturan-pertauran yang dikenakan ke atas murid-murid dengan tujuan mengawal tingkah laku mereka melalui hukuman atau ganjaran. (Mohd Ismail, 2006: 71)Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979, menjelaskan disiplin bermakna kesanggupan seseorang untuk melakukan sesuatu dengan tertib, menghormati hak orang lain, mengamalkan tingkah laku yang baik dan tidak mengganggu kepentingan orang lain. (Abdullah Sani, 2006 : 1)Ini bermakna untuk membentuk dan menghasilkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang haruslah mengambilkira pengawalan dan latihan disiplin di kalangan murid, kerana merekalah pewaris generasi akan datang, seperti mana kata Prof. Dr. Yusof Al-Qaradhwi, “Apabila kita hendak melihat wajah negara pada masa hadapan, lihatlah generasi mudanya pada hari ini”.