Wednesday, August 3, 2011



Photobucket

Tuesday, August 2, 2011

MOTO SEKOLAH (SCHOOL MOTTO)

“Aut Coepisse Noli Aut Confice” (Accomplish OR Do Not Begin)

Thursday, July 14, 2011

PIAGAM SEKOLAH

  • Kami berjanji untuk membentuk warganegara yang berilmu dalam suasana sekolah yang menggalakkan bagi menghadapi cabaran masa hadapan dengan cemerlang.
  • Untuk melahirkan insan yang sempurna berlandaskan Falsafah Pendidikan Negara.
  • Untuk member perkhidmatan yang cekap, cepat dan mesra.
  • Untuk member layanan yang baik, adil serta penuh kasih sayang kepada setiap murid.

IKRAR SEKOLAH (SCHOOL STATEMENT)

It is our bounden duty to uphold the Honour of the School at all times and in all places, both now as boys and girls and later as men and women, and old boys and old girls. The Honour of the School will not be upheld by talking or writing. It is by his conduct that a man is judged: his deeds speak louder than his words, and a little example persuadeth more than much percept.

From the School more is to be learnt than the wisdom of books: the conduct of a good man and true may be learnt at school.

A good man and true scorns to succeed by means that are dishonest. He never gives in, he never admits defeat. After being punished or blamed, he does not sulk or complain. He never deserts his friends, his Colour or his School under any circumstances. Above all he will stand up for the king, the king who keeps the enemies beyond the boundaries within which we live and without which, murder, oppression, famine and robbery would stalk through our province. To him while we shelter beneath his flag, gratitude and goodness demand our outspoken loyalty.'

TATACARA PENGURUSAN DISIPLIN

KONSEP:

  • Program pengurusan disiplin bagi mengesan & mengawal tingkah laku murid.
  • Mengujudkan langkah-langkah intervensi untuk melahirkan modal insan yang seimbang.
  • Melibatkan aspek jasmani, emosi, rohani & intelek.
  • Berkonsepkan Falsafah Pendidikan Negara.

OBJEKTIF SISTEM MERIT DAN DEMERIT HSBM ADALAH:

  • Mengaplikasikan sistem merit dan demerit
  • Merialisasikan hasrat Kementerian Pelajaran "Semua Guru Adalah Guru Disiplin"
  • Memudahkan sistem penyimpanan rekod salahlaku secara lebih sistematik.
  • Memudahkan proses tindakan dibuat mengikut sistem yang dirancang.

MISI PENGURUSAN DISIPLIN:

  • Memastikan pengurusan disiplin sekolah berada di tahap yang terbaik.
  • Mempunyai daya kawal selia disiplin yang mantap & berkesan.

DEFINISI DISIPLIN

Apabila memperkatakan tentang pembangunan modal insan, ia berkait rapat dengan modal tersedia (murid) dan senario sosial mereka masa kini (disiplin). Menurut Kamus Dewan, disiplin merujuk kepada latihan pemikiran dan kelakuan supaya boleh mengawal diri sendiri dan patuh pada tatatertib.(DBP, 2002: 308)P.F Olivia (1956) berpendapat, disiplin ialah kawalan diri, kawalan dari luar, patuh kepada autoriti, dan cara menetapkan peraturan atau hukuman. (Abdullah Sani, 2005:45) Mok Soon Sang (1995) pula menyatakan pada peringkat sekolah, disiplin adalah peraturan-pertauran yang dikenakan ke atas murid-murid dengan tujuan mengawal tingkah laku mereka melalui hukuman atau ganjaran. (Mohd Ismail, 2006: 71)Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979, menjelaskan disiplin bermakna kesanggupan seseorang untuk melakukan sesuatu dengan tertib, menghormati hak orang lain, mengamalkan tingkah laku yang baik dan tidak mengganggu kepentingan orang lain. (Abdullah Sani, 2006 : 1)Ini bermakna untuk membentuk dan menghasilkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang haruslah mengambilkira pengawalan dan latihan disiplin di kalangan murid, kerana merekalah pewaris generasi akan datang, seperti mana kata Prof. Dr. Yusof Al-Qaradhwi, “Apabila kita hendak melihat wajah negara pada masa hadapan, lihatlah generasi mudanya pada hari ini”.

MAKLUMAT e-Disiplin

PUTRAJAYA – Sistem Kawalan Disiplin Murid atau e-Disiplin yang dilaksanakan di beberapa buah sekolah terbukti berjaya mencatatkan penurunan masalah disiplin murid dengan ketara.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abd. Ghafar Mahmud berkata, setakat ini sebanyak 317 sekolah termasuk 97 sekolah menengah Felda di seluruh negara menggunakan sistem tersebut.

“Sistem ini bertujuan mengesan dan mengawal tingkah laku murid secara dalam talian dan bakal diperluaskan ke semua sekolah di seluruh negara secara berperingkat-peringkat,” katanya pada pelancaran e-Disiplin di sini hari ini.

Abd. Ghafar berkata, e-Disiplin merupakan aplikasi maklumat komunikasi dan teknologi (ICT) berasaskan web iaitu guru disiplin akan melapor salah laku pelajar mereka secara dalam talian.

Menurutnya, sistem yang dibangunkan oleh Majlis Aspirasi Pemangkin Nasional (Mapan) dengan kerjasama Universiti Malaysia Terengganu (UMT) itu memudahkan pihaknya mengukur, mengesan dan mengawal selia disiplin murid sebelum melaksanakan tindakan lanjut.

Bagaimanapun, kata beliau, pihak sekolah diminta supaya mengisi maklumat ke dalam sistem itu dengan jujur kerana kadang-kadang sekolah tidak lapor sesuatu kes disiplin tetapi masyarakat melaporkannya.

Terdahulu, beliau menyerahkan sebanyak komputer riba kepada 97 buah sekolah menengah Felda seluruh negara yang terlibat dalam pelaksanaan e-disiplin hari ini.

Katanya, sumbangan tersebut bertujuan memudahkan tugas guru-guru disiplin sekolah menengah Felda dalam melaksanakan pembangunan disiplin murid dengan lebih fokus dan tersusun.

LIMA TUNGGAK DISIPLIN (THE FIVE PILLARS OF DISCIPLINE)

Acceptance
Willpower
Hardwork
Industry
Persistence

BUDAYA MURNI

Budaya Senyap 
Budaya Bersih 
Budaya Kemas 
Budaya Ilmu 
Budaya Beratur 
Budaya Menepati Masa 
Budaya Bersopan Santun 
BudayaSayang Akan Sekolah

NILAI MURNI


Keadilan 
Kebebasan 
Keberanian 
Kebersihan Fizikal Dan Mental 
Kejujuran 
Kerajinan 
Kerjasama 
Kesederhanaan 
Kesyukuran 
Rasional 
Semangat Bermasyarakat

PREVIEW/DOWNLOAD MAKLUMAT DISIPLIN

PERATURAN AM

  • Murid-murid perlulah bekerjasama dan tolong-menolong dengan rakan-rakan, guru-guru, kakitangan-kakitangan sekolah, pengawas-pengawas dan pelawat-pelawat.
  • Murid-murid mestilah menghormati guru-guru dan memberi pertolongan yang diperlukan.
  • Setiap murid dikehendaki berkhidmat dengan taat kepada rumah sukan masing-masing dan juga sekolah serta mengambil bahagian di dalam semua kegiatan sukan denganpenuh semangat kesukanan.
  • Murid-murid mestilah bersih dari segi tingkah laku ,pemikiran dan menjadi DUTA sekolah yang bersopan pada setiap masa.
  • Murid-murid mestilah mematuhi dan menyedari bahawa peraturan sekolah adalah untuk kebaikan semua.
  • Segala bentuk penipuan, perjudian dan peniruan tidak dibenarkan.
  • Murid tidak dibenarkan memaparkan dan mengedarkan sebarang jenis iklan, promosi, gambar, pengumuman, notis atau poster tanpa kebenaran pihak sekolah.
  • Murid dilarang berniaga di dalam kawasan sekolah.
  • Murid tidak boleh menyertai kegiatan kongsi gelap / pertubuhan tanpa pendaftaran atau kebenaran sekolah.

PREFECTS TEAM BUILDING, 11/2/2012, PULAU JEREJAK RESORT

PROGRAM 5S PERINGKAT SEKOLAH 2012

SEMOGA PROGRAM 5S INI DAPAT DILAKSANAKAN DENGAN JAYANYA OLEH SEMUA WARGA HSBM

TAKLIMAT DISIPLIN 2012

ARTIKEL MOTIVASI (Preview / Download)

CARTA ORGANISASI UNIT DISIPLIN & PENGAWAS 2012

CARTA ORGANISASI UNIT DISIPLIN HSBM 2011

TAKLIMAT DISIPLIN KEPADA PELAJAR HSBM

Taklimat Disiplin disampaikan oleh Ketua Guru Disiplin Pn.Siti Hajar bt Abdullah kepada semua pelajar HSBM mengikut tingkatan pada awal sesi persekolahan...

Monday, May 16, 2011

LAWATAN MANTAN PERDANA MENTERI MALAYSIA...

Lawatan Mantan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Abdullah Hj.Ahmad Badawi ke HSBM sebagai ahli ALUMNI pada 15Januari 2011...Lawatan tidak rasmi pada siang hari. Pada sebelah malam pula diadakan jamuan makan malam bersama beliau dengan ahli ALUMNI dan warga HSBM...

HSBM PREFECTS ANNUAL DINNER 2011

LAWATAN PENGAWAS KE SATUN, THAILAND

HSBM Prefects Board Internalisation Programme
HSBM & Phimanphitthayasan School, Satun, Thailand (18, 19 dan 20 Jun 2011)

LAWATAN KE SARAWAK

LDP 9 Lawatan Guru-guru HSBM ke Sarawak
pada 31 Mei hingga 3 Jun 2011

PREFECTS TEAMBUILDING (MELAKA)

Prefects Teambuilding Programme...
Malacca 18, 19 & 20 April 2011
Photobucket