Thursday, July 14, 2011

PERATURAN AM

  • Murid-murid perlulah bekerjasama dan tolong-menolong dengan rakan-rakan, guru-guru, kakitangan-kakitangan sekolah, pengawas-pengawas dan pelawat-pelawat.
  • Murid-murid mestilah menghormati guru-guru dan memberi pertolongan yang diperlukan.
  • Setiap murid dikehendaki berkhidmat dengan taat kepada rumah sukan masing-masing dan juga sekolah serta mengambil bahagian di dalam semua kegiatan sukan denganpenuh semangat kesukanan.
  • Murid-murid mestilah bersih dari segi tingkah laku ,pemikiran dan menjadi DUTA sekolah yang bersopan pada setiap masa.
  • Murid-murid mestilah mematuhi dan menyedari bahawa peraturan sekolah adalah untuk kebaikan semua.
  • Segala bentuk penipuan, perjudian dan peniruan tidak dibenarkan.
  • Murid tidak dibenarkan memaparkan dan mengedarkan sebarang jenis iklan, promosi, gambar, pengumuman, notis atau poster tanpa kebenaran pihak sekolah.
  • Murid dilarang berniaga di dalam kawasan sekolah.
  • Murid tidak boleh menyertai kegiatan kongsi gelap / pertubuhan tanpa pendaftaran atau kebenaran sekolah.